"Orang Kata "

" Orang kata study tue seronok sebab boleh capai cita-cita kita"
" Orang kata setiap orang ada impian sendiri "
" Orang kata cita-cita tue lahir dari minat kita"
" Orang kata susah-susah dahulu senang-senang kemudian"
" Orang kata bukan susah nak jadi susah bukan senan nak jadi senang"


Huhu...kadang-kadang aku terfikir juga apa yang "Orang kata" nie betul ke tak...kadang-kadang buatkan kita rasa keliru dengan apa yang dah kita lakukan. Setiap yang dijalankan tue tak semesti sempurna. " Bayangkan apa yang kau impikan tak tercapai, dengan permintaan ibu bapa kau macam mana nak kau lakukan walhal apa yang diorang nak kau tak suka".

Kekadang benda nie semua ada hikmah dan musababnya...cuba kau renung ke masa depan apa yang diorang buat tue memang terbaik buat kau. Diorang dah menetap di dunia nie awal lagi daripada kau dan asam garam dunia nie diorang yang rasa dulu, jadi diorang nak yang terbaik buat kau.

" Renung-renungkan dan selamat beramal "

++ PemBenTanGaN ++

Salam...

Huhu hari nie lega group aku dah lepas untuk presentation untuk tek.worksop. Memang risau juga ar sebab takut lect tanya soklan, nasib baik x ader hehe..dahla kena present pasal Mesin Cnc manala nak tau, kalo Tamadun Islam takpe gak hehe...tapi yang best present kali nie kena pakai baju raya hehe..mengebatla hari nie...nak present pun rasa semangat haha..padahal nak bergaya jew...herm..minggu depan full dengan test dan kuiz penuh kepala otakkku...dahle resume tak antar lagi harap2 kilang tue approvela aku untuk buat praktikal...


-go to go...-

**sambung buat report mesin**
















Group present aku haha...














ngan syazrin....


















Kami la budak mekanikal islamic hehe...

.: Tag+Tag+Tag:.

1 - 5 fakta menarik tentang pemberi tag

Hazirah Najumuddin??erm macam mana nak explain ekk

-Suke senyum..

-never give up...

-Minat nasyid...

-tinggi lambai orangnye hehe..

-dia dah nak sambung degree...
tak aci ar aku lambat lagi....

2 - 10 fakta / hobi diri sendiri :

-Seseorang yang sensetive hehe...

- suke tengok korean drama ++My Girl++

-Romantik??? nilai ar sendiri haha...

-Ske nasyid expecially inteam sebab diorang dah datang skolah aku hehe...and
all munsyid..layan je..

-Skodeng orang kat facebook and frendster...jangan lupe add ak..

-Berangan, mengelamun, tidor, makan....

-Dah dua kali aku masuk Hafazan tapi kalah huhu hampa ustaz bakar...
tapi alhamdulillah ada rezeki dekat tilawah al-quran

-Johan Pantun Peringkat Kelompok m3 aku kalahkan SMTBP hahaha..
bangga gile...

- basketball....

- Love all....

3 - 8 penerima tag seterusnya dengan ringkasan mengenai mereka :

- Kak Solehah~ senior aku...

-Mira nadia~pengerusi pakatan aNtiCouPle..
hehe kalo ang gune blog...

-Kak Hazwani~Taekwando

-Hazirah again~Frenz...

-Hanafi KDI~ co0l...

-Ameer Habbil~Pembuli...

-Sapa yang nak Tag...

++Sedeyh++

herm betul la apa orang cakap penantian satu penyeksaan...ak pernah rasa dah dulu time nak tau result spm dan nak ke ipt huhu..pedih btoi...tapi kali nie rasa gak huhu...hehe tapi ak redha dengan ketentuan illahi sebab ada hikamah yang berlaku disebaliknya...

Thanks a lot to mira c0z sudi tolong aku check result C0ntest tue ek..hehe..yerkla kat poli ak nie server gel0ng skit..herm..baru jer berangan nak gi korea tapi tak dapat hehe..tapi bangga jugala sebab ada juga student malaysia menang content tue...c0ngrats ar...

The Winner of Asean-Korea Multimedia Competition 2009
Muhamad Muhaimin Bin Juhari
Universiti Malaysia Pahang

InsyaAllah next year aku nak try gak hehe...Caiyok!!!

++Happy Bestday Abqari++

Salam...

Hari aku menyambut happy bestdayku yang ke-19...tak tua lagi la hehe...makin hari umur makin meningkat,amalan kita tak tau macam mana....herm bestday kali nie tak ada azamla pula sebab tak sempat nak pikir hehe..busy dengan keja ja...tapi apapun thanks to all my frenz yang wish kat aku huhu rasa terharu la pula hehe....

++Ramadhan At Home++

Yahoo!!!
alhamdulillah dapat juga aku balik berbuka puasa kat rumah...herm,balik nie banyak keja yang nak dibuat, nak kena buat resume la assignmentla huhu...pening2.

Semalam round2 kat BJ,saja ikut makayah sebab diorang nak cari barang,so aku ikutla sebab nak pergi tambah ram.Mula ingat nak tambah kat Makson tapi bila servey dia punya price mahal sangat,jadi pi kat kedai ISZU,kedai nie fadzil yang promote katanya orang melayu punya kedai dan Motto dia Maju bersama Ummah.Try servey price dia memang berbaloi la.Terkejut pula bila ada student ptss buat praktikal kat situ, aku tak kenal pun tapi lepas abang tue tanya study mana baru dia cakap ada member dari poli.Aku tak pernah nampak pun muka depa kat poli hehe...tapi buat-buat kenai dahla.Lepas tue masuk raound Bj saja cuci mata hehe,tup tup nampak dompet so apalagi rembatla dahla dompet aku pun nak nazak jadi tukar lainla.

Lepas penat pusing Bj terus pegi sunshine shopping baju raya hehe..memang murahla sebab dia sale satu hari je,ramai tak sangka orang kat situ.Jalan-jalan jumpa kak ana,jalan bawa tunang...tak sangka dah bertunang huhu...Kata discount tapi bila bayar harga lebih kurang je hehehe....

Isnin dah nak balik poli,huhu boringla pula...herm hope test untuk Tek.Worksyop aku boleh skorla,dahle assingment 1 aku kena reject huhu sedihnye....Doakan aku Succes...Amin.

++Fadhilat Solat Terawikh++

Kelebihan-kelebihan Solat Terawikh

1. Malam Pertama
Diampunkan dosa-dosa mereka yang beriman sebagaimana keadaanya ketika baru dilahirkan

2. Malam kedua
Diampunkan dosa mereka yang beriman yang mengerjakan solat Terawikh berserta dosa-dosa kedua ibu bapa mereka

3. Malam ketiga
Malaikat di bawah arash berseru supaya mereka yang mengerjakan solat tarawikh itu meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain dan semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka

4. Malam keempat
Mereka yang mengerjakan solat tarawikh akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh mereka yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran

5. Malam kelima
Allah akan mengurniakan pahala seumpama pahala mereka yang mengerjakan solat di Masjidil Aqsa

6. Malam keenam
Allah akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan mereka yang mengerjakan solat tarawikh pada malam itu

7. Malam ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa serta menolong baginda menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman

8. Malam kelapan
Allah mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawikh sebagaimana yang dikurniakan kepada nabi Ibrahim

9. Malam kesembilan
Allah akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad

10. Malam kesepuluh
Allah mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat

11. Malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seumpama baru dilahirkan

12. Malam kedua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya

13. Malam ketiga belas
Ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan

14. Malam keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawikh serta Allah tidak akan menyesatkan mereka

15. Malam kelima belas
Semua malaikat yang memikul Arash dan kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkan segala dosanya

16. Malam keenam belas
Allah menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

17. Malam ketujuh belas
Allah menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala-pahala nabi

18. Malam kelapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapa engkau. (yang masih hidup atau yang sudah mati)

19. Malam kesembilan belas
Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus

20. Malam kedua puluh
Allah mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan mereka yang soleh

21. Malam kedua puluh satu
Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya

22. Malam kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari Kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang kekalutan pada hari tersebut

23. Malam kedua puluh tiga
Allah akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya

24. Malam kedua puluh empat
Allah akan membuka peluang untuk dua puluh empat doa yang makbul pada hari itu

25. Malam kedua puluh lima
Allah akan mengangkat seksa dari kuburnya

26. Malam kedua puluh enam
Allah akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi mereka yang mengerjakan solat Terawikh pada malam tersebut

27. Malam kedua puluh tujuh
Allah akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat

28. Malam kedua puluh lapan
Allah akan menaikkannya seribu darjatnya di akhirat

29. Malam kedua puluh sembilan
Allah akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur

30. Malam ketiga puluh
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawikh pada malam terakhir dengan firmannya: Wahai hambaku!, Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada nabi Muhammad yang bernama Al-Kautsar